Amirhariz’s Blog

Ada Apa Dengan Amirhariz

Keputusan Peperiksaan Penggal Pertama 2009

Hari ini Amir telah menelefon abahnya dan memberikan keputusan peperiksaan tahap 3 nya. Alhamdulillah berkat kegigihannya belajar dan tunjuk ajar dari sifunya iaitu uminya amir telah mendapat 3A 2B seterusnya mendapat kedudukan ketiga terbaik didalam kelasnya. Ini adalah satu merit kepadanya kerana amir juga merupakan seorang ketua kelas. Maka segala janji-janji yang ditaburkan bak seumpama pilihanraya telah dituntut dengan seberapa segera yang boleh. Pertanyaan demi pertanyaan diajukan dan bak seorang wakil rakyat abahnya cuba merealisasi jawapan dengan menangguhkanya kesuatu ‘masa’ yang tak ditentukan lagi. Namun percubaan tersebut telah menampakkan kegagalan.. apa boleh buat janji kena ditunaikan ..

amir

Kakaknya pulak menyusul dengan memberikan keputusan peperiksaan ditahap 5, kakak telah berjaya menduduki tempat pertama didalam kelasnya dan ini telah menjadikan kelaurga kami sangat gembira walaupun terpaksa menunaikan janji2 yang telah diberikan sebelumnya ini.

Walau apa pun tahniahlah kepada kedua beradik itu yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang untuk penggal pertama tahun 2009 dan juga sepupu mereka A’an yang berjaya mendapat tempat kedua di tahun 6 dgn mendapat 4A 1B.

May 5, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kawan-kawan sepejabat

Hari ini En Mat dan Hj Man serta Hj Salam sangat sibuk mengendalikan workshop bagi persiapan latihan praktikal pada minggu depan. Aircond kereta pula meragam namun diatas kecekapan Hj Salam semuanya kembali seperti biasa. Bukan cikgu tak pandai tapi cikgu tak boleh menunjuk sangat nanti dikatakan melebih-lebih pula.. hehe.. Apapun kawan-kawan saya ni sangat efisien dan cekap dalam pekerjaan, tak hairanlah jika workshop elektrikal dikendalikan dengan kemas dan teratur. Bravo kawan-kawanku yang cekap …

pict0254

April 27, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kelantan – Naib Juara Piala FA

kafa-n-kdn Malam tadi berlalu satu perlawanan yang menentukan kedudukan Juara Piala FA, Kalah adalah lumrah sesuatu perlawanan, yang penting, bolasepak Malaysia telah mempunyai pemain yang masih muda, tangkas dan sentiasa kedepan. Faktor pengalaman adalah kelemahan utama namun dari sekarang sehingga 4 tahun lagi mereka akan matang, berkeyakinan, mempunyai skill yang tinggi jika asuhan dan latihan serta disiplin diutamakan.

Jika jurulatih atau pemain kerap ditukar nescaya pasukan bolasepak kita tak akan kemana pun, sekarang era pandai cakap sudah tak boleh dipakai lagi, sekarang era bangun kena buat. FAM sepatutnya diswastakan.

Tahniah kepada pasukan Kelantan Darul Naim kerana anda mempunyai satu management team yang begitu professional, skuad kejurulatihan yang hebat dan berjaya serta pemain-pemain yang amat berkualiti dan akan memilih untuk kekal bersama skuad ini. Tahniah juga kepada Selangor kerana berupaya mengekalkan sikap professionalism anda diatas padang.

April 26, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kehidupan diPelantar Minyak

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang pelantar-pelantar minyak di negara kita, Malaysia ini. namun ramai juga yang tidak berpeluang untuk merasa bagaimana mengharungi kehidupan disini. Berjauhan dengan keluarga, berhariraya ditempat kerja, mengharungi keganasan meredah ombak, terbang merentas fenomena tengkujuh, bermain denga ayunan tali, tidur sauna selama beberapa hari juga tidak tidur dua tiga hari adalah perkara biasa.
Semasa bersama Exxonmobil ( EPMI, sebelum merged dengan Mobil), ramai kawan-kawan yang telah berhijrah keseluruh pelusuk benua untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan dan mencari jaminan keluarga dimasa depan, seperti Zul Akmar yang pernah ke Sakhalin dan Kuwait, Mazlan ke YTL dan Petronas, Alwi ke Talisman dan kemudian ke Petrofac dan lain-lain lagi.

bruckerRosni

Itu adalah brucker, tujuan untuk life saving semasa keluar dari pelantar semasa kecemasan dan itu gambar kawan aku Rosni, Gas Turbine expert yang memang pakar dalam teknologi Gas Turbine .. wah sekarang kat Turkmenistan, mesti ko pandai kari kambing sekarang …

Kena Hayundsc01605

Tu tengah tungu nak kena hayun naik ke pelantar .. dan .. indah panorama di offshore ni … ni 3 hari sebelum raya puasa …

April 26, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Lazy si hamster

Baru beli cage baru untuk si lazy, suka dia macam lipas kudung berlari atas dan bawah, maklumlah diupgradekan dari rumah teres ke banglo.. biasanya suka tidur masa-masa seperti ini tapi rumah baru punya pasal .. lupa dirilah tu. suka sangat si chombi, lebih-lebih lagi si peminatnya, yasmin, tak mahu berenggang dengan idolanya, si chombi semenjak lazy dihadiahkan oleh kawannya dua minggu lepas. Satu petang jumaat lazy dibawa keluar mengambil angin, apalagi peminat-peminat cilik lain pun turut sama bermain dengan si lazy. sepupu mereka iaitu Farhan (A’an) dan Siti Hajar turut sama menyumbang jari-jari untuk bermain dengan lazy… Amir pula takut sangat dengan lazy, langkah seribu sedia diaturkan jika terserempak dengan lazy …

hamster 2hamster 1

April 25, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Airconditioning – Jimatkan Wang Anda !

A/C – so what is the main problem for commercial used hvac ? answer is too simple. Common problems are
aircond not cold, thermostat setting error, water flooded into room or hall, noisy sound, etc. First need to understand the hvac opearation, a compressor function is to pump refrigerant inside closed tubing as to increase refrigerant pressure and to create differential pressure between two hvac zones. for R22 refrigerant the pressure for discharge side is approx 260psig, the condenser will do as its function to condense high pressure vapor at 260psig into liquid by removing its latent heat which still at boiled temperature 212 degree F and to maintain subcooling heat pint.The liquid then will force to decrease it’s pressure at expansion components (TEV)…

OK maybe it’s too technical, what you should do first is to get a good stair/ladder to get access to ahu or evaporator (inside your room), make sure aircond is switch off first. Open up cover on top of your ahu (depend on design) slowly slide out two filters and clean it with tap water, identify the arrow at your filter as to show air flow direction. Slide back the filter after dry it approx 10-15 minutes, check the air flow direction, close back the filter cover and turn on your aircond.

a_c_diagram_for_page_6_1_2n

Reference Link

April 25, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Puteri Malinja, Chombi dan Panglima Lebar Daun

Malinja adalah anak bongsu kami kerana dia terlebih manja (kededek) dari acrn ‘ mek lenja’, si yasmin ni tak boleh berenggang langsung dengan umi nya, Cik Puan Na. kakak Aina pula digelar Chombi kerana suka bela dan bercakap dengan hamster peliharaannya dan lebar daun kerana terlebih lebar kut … hehe

pict0053
pict0105

April 24, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Caspian Sea

Caspian sea terletak disempadan negara-negara bekas soviet union suatu masa dulu, bila pecahnya USSR pada ianya disempadani oleh Turkmenistan, Azarbayjan, Iran dan Kazakhstan. Bila melawat kesana pada 2007 yang lalu (musim luruh be..) sejuknya dalam 17 deg C suasananya amat cantik sekali, banyak gambar2 yang ingin dikongsi, insyallah bila dah faham ‘how’ senanglah sikit. Rakyat Malaysia yang bekerja disana ada didalam 80 -100 orang dan semuanya dibawah tiket PETRONAS. Bidang pelancungan masih asing dinegara mereka dan terlalu banyak ‘restriction’ yang tidak difahami bila berada disana.

April 21, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Hari ini dengan tugasan baru

Minggu lepas melawat ABF di Bintulu dengan Mazlan dan M Sabriy, bincang dengan kawan-kawan disana apa nak buat dengan PECAS projek.Ini kali ke empat datang ke Bintulu, terpikir juga nak beli apa nanti bila balik, anak bongsu tu mesti bertanya, dia punya febretnya ialah barbie .. masuk satu kedai kat bawah new world hotel tu dan terbeli CD barbie … mesti suka yasmin dengan CD tu … hotel new world ni baru, cantik susunan dalamannya. Ingat tu kalau nak buat rumah baru nanti bolehlah didesignkan macam ni.. harapnya taklah mahal sangat belanjanya.

pict0172

pict0182

April 21, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment